nasihat tak direct untuk aku.

SUARA HATI ATAU EMOSI

Ketika menghadapi kerenah seseorang manusia, biasanya akal kita lebih cenderung memikirkan ‘apa yang telah dia buat’ sehingga kita cenderung marah, kecil hati, kecewa mahupun hilang sabar. Adegan ataupun aksi-aksi menyentap hati itu diulang-ulang beratus kali di birai mata sehingga terasa begitu sukar untuk memaafkan apa yang telah dibuat. Bahkan terkadang, terasa bagai mustahil pula untuk menghulurkan kemaafan.

Biasanya, situasi itu berlaku ketika kita marah dan hilang pertimbangan. Kita dikuasai emosi. Kita membiarkan otak dan hati kita menjerit memekik tanpa kita mengawalnya.

Sudah tentu, ketika itu hanya segala yang buruk-buruk sahaja akan keluar. Mana mungkin yang baik-baik bisa tergambar. Segala kebaikannya bagaikan tiada, bahkan cuba sedaya upaya dibutakan. Hanya keburukan sahaja akan diselongkar keluar. Kalau bercerita dengan teman sekalipun, kebaikan itu tidak akan disebut, bahkan kalau si teman yang menyebut, kita akan merasa marah ataupun menyampah.

Tetapi alangkah istimewanya hati ciptaan Allah. Lebih-lebih lagi hati orang mukmin. Benarlah kata-kata Luqman Al Hakim. Mengenang kebaikan saudara kita sebenarnya adalah fitrah orang beriman. Cuba lihat pagi raya. Manusia dengan mudah sahaja boleh memaafkan dan memberi maaf. Bahkan tidak sanggup rasanya membiarkan hari raya berlalu tanpa bermaafan.

Mengenang keburukan, kelemahan mahupun kesilapan saudara kita pula biasanya bertitik tolak dari usaha-usaha Syaitan yang mengambil kesempatan ke atas lemahnya akal mahupun emosi kita. Kadang-kadang, kecil hatinya cuma sedikit. Tetapi dicucuk-cucuk oleh Syaitan sehingga menjadi besar.

copy paste dari myilham.com

konklusi.jangan nak marah lama-lama.jgn kasi setan take over ruang yg itu.forgive and forget.untung-untung boleh buat bodoh.;)